https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2022/07/logistic-forwarding-ISO-9001.jpg
570
1500
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2022-07-14 07:26:572022-08-06 09:06:56ISO Certification for Transportation and Logistics SectorApakah keselamatan makanan?
Keselamatan makanan merujuk kepada rutin dalam penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh makanan. Produk makanan boleh terdedah kepada bahaya dalam perjalanan mereka melalui rantaian bekalan makanan (food supply chain). Sehubungan dengan hal itu, amalan dan prosedur pengendalian makanan yang selamat perlu dilaksanakan pada setiap peringkat supaya keselamatan makanan dapat dijaga.

Pada masa kini, kawalan keselamatan makanan menjadi lebih sukar kerana penghasilan makanan yang kompleks. Pelbagai punca pencemaran makanan boleh berlaku di sepanjang rantaian bekalan makanan.Lantaran itu, penyebab pencemaran makanan in perlu dikawal dalam semua proses dan aktiviti penghasilan makanan termasuk semasa proses pengeluaran, pemprosesan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Ini penting supaya makanan yang tercemar tidak berada di pasaran tempatan dan punca pencemaran keselamatan makanan dapat dikenalpasti lebih awal tanpa menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan makanan.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
Makanan selamat kepada pengguna
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap tahun 1 daripada 10 orang jatuh sakit akibat dari memakan makanan yang tercemar . Seramai 420,000 orang di mana 125,000 daripadanya adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun, mati akibat penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan. WHO menganggarkan bahawa lebih daripada 200 penyakit disebarkan melalui makanan tercemar. Oleh sebab itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan makanan ynag sampai kepada pengguna adalah selamat.
Sebagai pengguna, cara terbaik untuk anda memastikan makanan yang anda beli dan makan adalah selamat dengan memeriksa adakah pembekal, pengilang dan pengedar produk makanan tersebut mempunyai PJKM. Ini salah satu langkah yang boleh diambil untuk memastikan makanan yang anda makan tidak terdedah kepada bahaya makanan. Hal ini kerana, makanan yang tercemar boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti demam kepialu (Typhoid), taun, disenteri, hepatitis A dan kerecunan makanan yang boleh membawa maut.
Di Malaysia, kes keracunan makanan sering berlaku di sekolah bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia, institusi pendidikan awam dan swasts, premis makanan dan lain-lain tempat. Manakala pada tahun 2018, negara telah dikejutkan dengan isu kejadian keracunan makanan yang serius sehingga membawa kematian. Antara kejadian keracunan makanan yang berlaku disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah. Disusuli satu lagi kejadian keracunan makanan selepas mengambil minuman beralkohol yang disyaki mengandungi metanol yang turut melibatkan warganegara Bangladesh, India, Myanmar, Nepal dan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa soal keselamatan dan kebersihan makanan tidak boleh dipandang ringan.
Kesimpulan
Ringkasnya, keselamatan makanan merupakan isu yang perlu diambil serius oleh semua pihak termasuk kerajaan, pengeluar, penggendali dan pengguna supaya keselamatan makanan dapat dijaga dan kes keracunan makanan dapat dikurangkan. Pengguna yang bijak akan memastikan makanan yang diambil, dikilangkan dan menggunakan bahan yang mempunyai Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti GMP, HACCP and ISO 22000. Pengguna juga perlu memilih premis makanan yang bersih dan mengamalkan sistem pengurusan keselamatan makanan yang baik.
To know more on ISO 22000 OR other Food Safety Management System? Please contact us !
Related Posts:
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2022/07/logistic-forwarding-ISO-9001.jpg
570
1500
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2022-07-14 07:26:572022-08-06 09:06:56ISO Certification for Transportation and Logistics Sector
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2022/04/Different-between-HACCP-2003-and-2020.jpg
933
1394
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2022-04-05 10:17:582022-08-06 09:10:19Different between HACCP Codex 2003 & 2020
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2020/04/ISO-22000-Malaysia-1.jpg
868
1300
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2021-04-03 06:21:052022-08-06 09:57:30How to Get ISO 22000 Certification in Malaysia
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2021/03/feeds-safety-iso.jpg
755
1400
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2021-03-29 07:55:112022-08-06 10:04:09Animal Feed Safety and ISO 22000 implementation in the import/export Market
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2021/03/iso22000-HACCP-GMP.jpg
1071
1500
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2021-03-23 11:36:172022-08-06 10:06:34Apakah keselamatan makanan?
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2021/01/food-safety-iso-22000-covid.jpg
812
1397
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2021-01-13 07:49:312022-08-06 10:10:44Effectiveness of ISO 22000 Food Safety Management System in COVID-19 Pandemic
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2020/05/iso220002018-migration-extend.jpg
800
1200
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2020-05-26 11:33:382021-09-27 08:44:25ISO 22000:2018 Migration Dateline Extended
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2020/04/Chocolate-food-safety.jpg
653
1300
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2020-04-01 05:58:222021-09-27 14:50:29ISO 22000:2018 Requirement
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2020/03/ISO-22000-2018-Vs-2005.jpg
667
1000
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2020-03-30 05:27:412021-09-27 08:37:38Comparison between ISO 22000:2018 Vs ISO 22000:2005Pearl Certification Sdn Bhd (1311494-U)
153C, Jalan Kenari 23a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Email : info@pearl-certification.com
Tel : +603-8080 6835

Standards
- ISO 9001 – Quality Management System
- ISO 22000 – Food Safety Management System
- ISO 45001 – Occupational Health and Safety Management System
- ISO 14001 – Environmental Management System
- ISO 27001 – Information Security Management System
- GMP – Good Manufacturing Practices
- HACCP – Hazard Analysis Critical Control Point








