ISO 9001 Sistem Pengurusan Kualiti
Apa itu ISO 9001: 2015?
Sistem pengurusan kualiti ISO 9001 adalah satu standard yang menyatakan sistem pengurusan kualiti yang berkesan. Organisasi yang memenuhi kehendak piawaian ini boleh mendapatkan pengiktirafan ISO 9001. Dengan ada pengiktirafan ini, sesebuah organisasi menunjukkan bahawa perkhidmatan atau barangan yang dihasilkan dapat disediakan kepada pelanggan mengikut piawaian yang diterima pakai di seantero dunia. ISO 9001 ini adalah satu set standard yang membimbing penubuhan dan pembangunan kepada sistem pengurusan kualiti perlu di titik beratkan oleh organisasi untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. ISO 9001 mengamalkan mengikuti 7 Prinsip Pengurusan Berkualiti.
Tujuan ISO 9001
Tujuan piawai ini adalah untuk mewujudkan struktur pengurusan kualiti korporat dengan mengurangkan kesilapan dalam pengurusan sehingga dapat membina organisasi berdisiplin didalam perniagaan. Piawaian ini perlu diterapkan kepada semua proses perniagaan dan mampu membuat organisasi lebih berdisiplin dengan menjamin bahawa perusahaan beroperasi dalam struktur yang sesuai dengan prosedur, arahan, kebijaksanaan, sasaran, rancangan, analisa risiko dan penetapan tujuan syarikat.
Manfaat ISO 9001
Sistem pengurusan kualiti ini dapat menentukan semua proses dan penetapan standard sehingga dapat mengurangkan kesilapan antara pengurusan dan pelanggan. Walaubagaimanapun, masalah harus dilihat sebagai satu peluang untuk penambahbaikan. Antara manfaat iso 9001 ialah:
- Menjaga dan menambah kesetiaan pelanggan
- Mengurangkan aduan pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
- Meminimumkan masalah dalam organisasi atau proses perkhidmatan
- Menetapkan piawai yang membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat.
- Menetapkan peraturan membolehkan keberkesanan dalam pengurusan
- Mengenal pasti proses membolehkan penyelesaian masalah dengan lebih cepat.
- Menentukan proses organisasi lebih mudah,memantau dan menilai pembekal.
Proses Pensijilan ISO 9001
Langkah 1: Tentukan objektif untuk melaksanakan ISO 9001
Langkah 2 : Terapkan standard piawai ISO 9001 dalam organisasi
Langkah 3 : Melatih dan melaksanakan proses/piawai ISO 9001 baru dalam organisasi
Langkah 4 : Membentuk pasukan audit dalaman dan melakukan pemeriksaaan sendiri berdasarkan kepiawaian ISO 9001.
Langkah 5 : Pihak atasan menyemak hasil pelaksanaan.
Langkah 6 : Melibatkan badan pensijilan untuk audit sijil ISO 9001
Langkah 7 : Memperbetulkan jika ada ketidakpatuhan
Langkah 8 : Kelulusan pensijilan ISO 9001
Pertanyaan terhadap sistem ISO 9001? Sila hubungi +603-9765 0738 !
Related Posts:
Pearl Certification Sdn Bhd (1311494-U)
153C, Jalan Kenari 23a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Email : info@pearl-certification.com
Tel : +603-8080 6835
Standards
- ISO 9001 – Quality Management System
- ISO 22000 – Food Safety Management System
- ISO 45001 – Occupational Health and Safety Management System
- ISO 14001 – Environmental Management System
- ISO 27001 – Information Security Management System
- GMP – Good Manufacturing Practices
- HACCP – Hazard Analysis Critical Control Point