https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2024/03/iso-45001-work-safety.jpg
1500
1500
pearladmin
https://www.pearl-certification.com/wp-content/uploads/2023/06/Pearl-Certification-logo-web-1.png
pearladmin2024-03-07 10:35:402024-04-22 10:16:17How to Apply ISO 45001 Certification in MalaysiaApa itu ISO 45001?
ISO 45001 adalah sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan, mentakrifkan rangka kerja di mana organisasi itu perlu menjaga kesihatan dan keselamatan semua pekerjanya. Di dalam sistem pengurusan ini merangkumi peraturan, dasar, proses, pelan serta cara mengawal atau mencegah bahaya dalam kesihatan dan keselamatan pekerja. Hal ini dapat minimumkan dan mencegah risiko di tempat kerja.
ISO 45001 ini sangat unik untuk setiap organisasi dunia mestilah bersesuaian dengan keperluan undang-undang, bahaya dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta proses perniagaan yang digunakan dalam organisasi. Keperluan dan garis panduan dapat membantu organisasi untuk melaksanakan ISO 45001 yang berkesan untuk mengelakkan unsur-unsur memudaratkan dalam pelaksanaan ISO 45001.
Tujuan ISO 45001
Tujuan pelaksanaan ISO 45001 adalah untuk mengurangkan bahaya dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta mengawal kecederaan di tempat kerja. Pelaksanaan ini adalah salah satu cabaran yang paling penting yang dihadapi oleh setiap syarikat. Pelakasanaan sistem ini juga dapat meningkatkan imej awam terhadap syarikat yang telah memiliki pensijilan iso 45001. Antara contoh adalah sesebuah syarikat yang telah disahkan pensijilannya dapat menunjukkan syarikat tersebut tergolong dalam kalangan syarikat yang mengambil berat kebajikan, kesihatan dan keselamatan pekerja mereka. Hal ini dapat meningkatkan mutu tenaga kerja dalam syarikat malah dapat membina hubungan baik antara pelanggan, pelabur dan komuniti.
Tujuan lain adalah dapat menjimatkan wang melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan. Ini boleh mengurangkan insiden yang mengakibatkan kecederaan dan dapat memperoleh insurans pada kos yang lebih rendah.
Faedah – Faedah Pelaksanaan ISO 45001
Meningkatkan produktiviti, kecekapan & keberkesanan
Kurangkan kemalangan & penjimatan kos
Mencegah kemalangan dalam kawasan kerja dan penyakit pekerja
Meningkatkan kuasa pasaran dan keadaan persaingan perusahaan
Meningkatkan kepuasan and kepercayaan pelanggan
Proses Pensijilan ISO 45001
Langkah 1: Tentukan objektif untuk melaksanakan ISO 45001
Langkah 2 : Terapkan standard piawai ISO 45001 dalam organisasi
Langkah 3 : Melatih dan melaksanakan proses/piawai ISO 45001 baru dalam organisasi
Langkah 4 : Membentuk pasukan audit dalaman dan melakukan pemeriksaaan sendiri berdasarkan kepiawaian ISO 45001
Langkah 5 : Pihak atasan menyemak hasil pelaksanaan.
Langkah 6 : Melibatkan Badan Pensijilan ISO 45001 untuk audit sijil ISO 45001
Langkah 7 : Memperbetulkan jika ada ketidakpatuhan
Langkah 8 : Kelulusan pensijilan ISO 45001




















